PENGENALAN
Unit Pemuliharaan (Maintenance Unit) adalah salah satu unit yang di bawah Bahagian Perkhidmatan Teknikal dan dipertanggungjawabkan bagi membuat perancangan serta perlaksanaan kerja-kerja pemuliharaan aset-aset Jabatan seperti bangunan-bangunan pejabat, perumahan jabatan, bangunan-bangunan komersial milik kerajaan, tandas-tandas awam, kawasan pejalan kaki serta kawasan-kawasan perniagaan milik kerajaan dan infrastruktur yang berkaitan. Unit Pemuliharaan mula beroperasi pada 01 Ogos 2008 (sebelumnya disebut sebagai Unit Pemuliharaan Aset).
FUNGSI
Melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan ke atas bangunan-bangunan dan kawasan-kawasan yang di bawah kawalan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan yang mana tanggungjawab bukan hanya dari kerja-kerja pembaikan kerosakan akan tetapi juga termasuk penyediaan kemudahan-kemudahan yang berkaitan dengan pengguna-pengguna atau peniaga-peniaga dari masa kesemasa mengikut keperluan;
- Bangunan Ibu Pejabat Jabatan Bandaran Jalan Kumbang Pasang, Bangunan Pusat Komersial & Perdagangan Bumiputera dan Bangunan Letak Kereta Bertingkat.
- Gerai selera Jalan Dato Taib
- Tamu Kianggeh
- Gerai Jalan Residency
- Pasar Gadong dan sekitarnya
- Bangunan Perumahan-Perumahan Jabatan
BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL
Pengurusan bangunan-bangunan pejabat adalah untuk memastikan semua peralatan seperti lift, alat hawa dingin dan sebagainya sentiasa berfungsi dengan baik.
Pengurusan pemuliharaan bangunan-bangunan perumahan Jabatan yang mana bukan sahaja memastikan unit-unit perumahan berkenaan sesuai didiami akan tetapi juga dari segi keselesaan penghuni-penghuni. Tanggungjawab termasuk;
- memastikan penggunaan peruntukan secara teratur dan membuat kerja-kerja pemuliharaan / pembaikan secara terancang (“planned maintenance”)
- Penyediaan perkara-perkara lain seperti penyediaan papan-papan tanda, tanda tunjuk arah, peralatan dan talian telefon, dan sebagainya.
- Bekerjasama dengan Unit Pengurusan Projek dan Unit Khidmat Bantu & Pemeliharaan Kenderaan dalam perlaksanaan kerja-kerja pemuliharaan di kawasan-kawasan tertentu.
- Membuat pemantauan kemudahan awam seperti kawasan pejalan kaki, jalan-jalan raya, longkang-longkang dan sebagainya di dalam kawasan Bandar Seri Begawan dan menguruskan penyelarasan dengan jabatan-jabatan yang terlibat.